PENGENALAN
Dalam masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang demikian rangkaian komputer menjadi sangat penting untuk membantu dalam memperolehi dan memberikan maklumat atau data dalam masa yang singkat. Rangkaian komputer membolehkan penggunanya mendapat maklumat dengan komputer peribadi melaui rangkaian setempat ( LAN ) sehingga ke rangkaian antarabangsa (Internet).
Rangakaian komputer bermaksud sambungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit.
KEBAIKAN MENGGUNAKAN RANGKAIAN (NETWORKING)
- Berkongsi Fail
- Menimdahkan Fail
- Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos
- Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data
- Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dll
- Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail)
Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat.
Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.
Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.
Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.
Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang mengunakan komputer lain.
Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.
- Terdapat tiga sistem rangkaian seperti berikut:
Bil | Sistem Rangkaian Komputer | | |
1. | Local Area Network (LAN) | Kawasan Kecil (10km) | Sekolah, makmal, dalam sebuah bangunan. |
2. | Metropolitan Area Network (MAN) | Kawasan lebih besar (10-50km) | Bandar, negeri. |
3 | Wide Area Network (WAN) | Kawasan sangat besar (lebih daripada 50km) | Seluruh dunia, negara, Internet |
Rangkaian Setempat (Local Area Network)
Sistem rangkaian yang besar ( MAN dan WAN ) lebih berguna dari segi keluasan kawasan geografinya tetapi banyak organisasi perlukan rangkaian setempat untuk menghubungkan alat-alat yang digunakan di tempat yang terhad. Jadi aspek-aspek berikut perlu dipertimbangkan:
- Jenis LAN - Pengguna dan pelayan (Client-server)
- Komponen-komponen LAN
- Topologi LAN
- Kesan dari LAN
Terdapat dua jenis Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) iaitu:
- 1. Pengguna dan pelayan (Client-server)
- Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan data.
- Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja.
- Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih pencetak.
- Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax.
- Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail.
- Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data yang dikirim. Pelayan tidak perlu tahu jenis fail, sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpamnya. Contoh perisian Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS) ialah Novell Netware, Windows NT, UNIX
| |
|
|
- 2. Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)
| |
|
|
B. Komponen-komponen untuk LAN
1. Komputer pelayan (Server)
- Ethernet Card -Contoh :3Com (RM 350), D-Link (RM 220),
- Token Ring Card
- LocalTalk Connector
10Base (RM 120)
Bil | | | |||
| | | | ||
I | Coaxial | Ya | Tidak | Ya | Tidak |
II | Shieled Twisted Pair (STP) | Ya | Ya | Ya | Tidak |
III | Unshieled Twisted Pair (UTP) | Tidak | Ya | Ya | Tidak |
IV | Fiber Optic | Tidak | Ya | Ya | Ya |
Jadual Keserasian Kabel dengan Protokol
Bil | | | ||
| | | ||
I | Coaxial | Cepat | Lebih Baik | Sedang |
II | Shieled Twisted Pair (STP) | Lebih cepat | Baik | Rendah |
III | Unshieled Twisted Pair (UTP) | Dapat diterima | Terpengaruh oleh interferen elektromagnetik | Terendah |
IV | Fiber Optic
| Paling laju | Kebal terharap interferen elektromagnetik | Tertinggi |
- Soket (Connector)
| | |
I | Coaxial | BNC dan BNC T-Connector |
II | Shieled Twisted Pair (STP) | RJ-45 |
III | Unshieled Twisted Pair (UTP) | RJ-45 |
IV | Fiber Optic | ST Connector, SC Connector |
- Alat tambahan
- a) Pengacip khas (Crimping)- RM50 : Untuk klip wayar dan masukkan
wayar ke dalam soket.
Rangkaian Tanpa Wayar(Wireless network)
Kelemahan rangkaian ini ialah kosnya tinggi(3 kali ganda lebih daripada rangkaian berwayar), mudah terganggu oleh gelombang radio dan golombang mikro, lambat dan terpaksa mencari titik capaian yang lain untuk meneruskan perkaitan dengan LAN jika isyarat menjadi lemah.
Perkakasan asasnya ialah penyesuai tanpa wayar (Wireless adapter) dan titik capaian (access point), perisian rangkaian( Novell Netware, LANtastic)
- Sistem Operasi Rangkaian bertanggungjawap ke atas:
- Mengarahkan lalu-lintas data pada rangkaian.
- Membenarkan dan menghalang pemindahan data antara workstation.
- Mengelolakan aliran data di antara berbagai workstation yang berbeza(tidak selasi)
- Mengelola permintaan layanan printer.
- Mengelola permintaan dan pesanan di antara pengguna rangkaian.
- Mengelolakan hubungan di antara jaringan dan lokasi-lokasi jarak jauh.
- Hab digunakan untuk menjadi pusat kepada rangkaian bintang (Star). Ia digunakan untuk mengawal trafik aliran data dan maklumat dalam rangkaian. Contoh Ethernet Hub 8ports (RM200), Ethernet Hub16ports (RM400),10Base8 ports (RM550), 10Base16ports (RM1200)
- Router digunakan untuk meterjemahkan maklumat di antara rangkaian yang berasingan. Router tahu alamat bridge dan komputer bagi kedua-dua rangkaian yang berhubung. Kebaikan router ialah
- Menguruskan penghataran isyarat dengan berkesan.
- Menghanter maklumat di antara dua protocols atau rangkaian.
- Menghanter maklumat di antara topologi LAN yang berlainan.
- Menghanter maklumat di melalui jenis kabel yang berbeza.
Jenis-jenis Topologi Fizikal
- Bas (Linear Bus)
- Bintang (Star)
- Cincin (Star-wired Ring)
- Tree
Semua nod (file server, workstations and peripherals) terhubung ke kabel tulang belakang (Backbone) secara bersiri. Maklumat yang dihantar akan bergerak secara dua hala melalui semua nod pada kabel tersebut.
| |
|
|
- Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalk
Kabel: Coaxial, Twisted- pair, Fiber Optic
Terminator: Terminater 50 ohm
Connector: BNC, BNC T-Connector, RJ-45, ST Connector, SC Connector
Protocol: Ethernet , LocalTalk
ii. Bintang (Star)
Semua nodnya disambung terus ke hab di pusat rangkaian. Maklumat akan melalui hab sebelum sampai ke destinasinya. Hab akan mengawal semua fungsi dalam rangkaian dan bertindak sebagai pengulang (repeator) juga. Jika sebuah komputer pelayan (file server) digunakan maka data akan dihantar ke kepada komputer pelayan selepas melalui hab.
| |
|
|
- Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalk
Kabel: Twisted- pair, Fiber Optic
Connector: RJ-45, ST Connector, SC Connector
Protocol: Ethernet , LocalTalk
Hub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports , Ethernet Hub 8 ports ,
Ethernet Hub 16 ports
iii. Cincin (Star-wired Ring)
Topologinya sama dengan topologi bintang. Sambungannya adalah secara bersiri dan kedua-dua hujungnya ditemukan untuk membentuk bulatan. Datanya dikawal oleh MAU (Multistation Access Unit). Data dihantar secara sehala jadi ia akan melalui setiap nod serta komputer sehingga sampai ke destinasinya.
| |
|
|
- Jenis NIC : Token Ring Card
Kabel: Twisted- pair
Connector: RJ-45,
Protocol: Token Ring
Alat lain: MAU (Multistation Access Unit) untuk menghantar maklumat
melalui cincin (Ring)
- iv. Tree
Topologi tree merupakan gabungan topologi bas dan topologi bintang. Di mana topologi bintang disambung kepada kabel tulang belakang bas
| |
|
|
- Jenis NIC : Ethernet Card,
Kabel: Twisted- pair, Fiber Optic, Coaxial
Connector: RJ-45, ST Connector, SC Connector
Protocol: Ethernet
Hub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports
Rangkai setempat makin popular dan luas digunakan berbanding dengan kerangka utama (mainframs). LAN banyak digunakan oleh organisasi besar sebab ia tidak perlu pakar dalam penyelengaraan berbanding dengan kerangka utama. Sebab lain ialah keupayaan rangkaian LAN dari segi keselamatan dan kapasiti penyimpanan yang sama dengan kerangka utama.
Dari maklumat yang diperolehi dari pengusaha-pengusaha kedai komputer, didapati ramai yang mencadangkan penggunaan sistem rangkaian LAN jenis bintang untuk ciber cafe tanpa menggunakan pelayan. Jadi, untuk sistem rangkaian di sekolah sistem rangkaian LAN jenis bintang adalah pilihan yang terbaik buat masa kini.dipetik dari :http://foxtain.tripod.com/network.html#PENGENALAN
No comments:
Post a Comment